KEISTIMEWAAN MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMBENTUK DAN MEMPERBAIKI STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT
DOI:
https://doi.org/10.64398/alsirat.v25i2.455Abstract
Al-Quran merupakan kitab suci yang berperanan sebagai panduan hidup umat manusia merentasi zaman. Manhaj al-Quran mempunyai keistimewaan yang unik dalam membentuk dan memperbaiki struktur sosial masyarakat melalui pendekatan yang komprehensif, seimbang dan sesuai dengan fitrah manusia. Artikel ini meneliti keistimewaan manhaj al-Quran dari aspek tarbiah individu, pengukuhan institusi keluarga, pembinaan akhlak mulia, serta pembentukan masyarakat berteraskan prinsip keadilan, persaudaraan dan kesejahteraan. Metodologi kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan ayat-ayat al-Quran dan rujukan tafsir untuk mengenal pasti prinsip manhaj al-Quran dalam pembentukan struktur sosial masyarakat. Melalui konsep tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa), syura (musyawarah), amar makruf nahi mungkar serta penekanan terhadap nilai kasih sayang dan keadilan sosial, al-Quran membimbing manusia dalam melahirkan masyarakat harmoni dan berdaya maju. Kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan manhaj al-Quran tidak hanya terletak pada kesempurnaan isi kandungannya yang bersifat universal, tetapi juga pada metodologi praktikal yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Justeru, penghayatan serta penerapan manhaj al-Quran merupakan asas penting dalam membina struktur sosial yang seimbang, beretika dan lestari. Hasil kajian membuktikan bahawa manhaj al-Quran mempunyai keistimewaan yang tidak dapat ditandingi dalam membentuk dan memperbaiki struktur sosial masyarakat. Keistimewaan ini dapat dilihat melalui pendekatan al-Quran yang syumul, menyeluruh, dan bersepadu antara aspek rohani, jasmani, akal, serta emosi.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Al-Sirat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



