SUMBANGAN PEMIKIRAN YUSUF AL-QARADAWI DALAM FIQH HALAL DAN HARAM KONTEMPORARI

Authors

  • Nor Musfirah Mohamad
  • Nik Faisal Nik Ismail

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.605

Keywords:

Sumbangan, Pemikiran, Yusuf al-Qaradawi, Fiqh halal haram, Fiqh kontemporari

Abstract

Konsep halal dan haram merupakan prinsip asas dalam syariah Islam yang menjadi panduan utama bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi moden, pelbagai isu baharu berkaitan makanan, farmaseutikal, kosmetik dan ekonomi memerlukan penjelasan hukum syarak secara lebih komprehensif. Antara tokoh ulama kontemporari yang memberi sumbangan besar dalam bidang ini ialah Yusuf al-Qaradawi. Artikel ini bertujuan menganalisis sumbangan pemikiran beliau dalam pengembangan fiqh halal dan haram melalui karya utama beliau serta pendekatan metodologi yang digunakan dalam menentukan hukum. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap karya utama beliau iaitu al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam serta tulisan-tulisan lain yang berkaitan dengan fiqh kontemporari serta kajian-kajian akademik terkini. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran al-Qaradawi menekankan penggunaan kaedah fiqh, Maqasid Syariah dan pendekatan wasatiyyah dalam penentuan hukum. Pendekatan ini menjadikan fiqh halal dan haram lebih relevan dengan realiti kehidupan moden serta memberi sumbangan penting kepada perkembangan Industri Halal Global. Pemikiran al-Qaradawi telah memperluas pendekatan fiqh halal dan haram dengan menekankan keseimbangan antara nas syarak dan realiti semasa, sekali gus memberi panduan yang praktikal kepada umat Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan moden yang semakin kompleks.

Downloads

Published

2026-10-28

How to Cite

Mohamad, N. M., & Nik Ismail, N. F. . (2026). SUMBANGAN PEMIKIRAN YUSUF AL-QARADAWI DALAM FIQH HALAL DAN HARAM KONTEMPORARI. Jurnal Al-Sirat, 26(2), 102-120. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.605