MARRIAGE ISSUES THROUGH THE TITLES OF LOCAL NEWSPAPER REPORTS: AN ANALYSIS OF CONFLICTS BETWEEN ISLAMIC LAW, MALAY CUSTOMS, AND HINDU CULTURAL ASSIMILATION

Authors

  • Siti Noridayu Abd Nasir

DOI:

https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.612

Keywords:

budaya Melayu dan hukum Islam, budaya Hindu, faktor amalan budaya Melayu

Abstract

Budaya Melayu di Malaysia wujud berlandaskan pengaruh budaya setempat, kemasukan budaya asing dan pengaruh agama Hindu yang telah lama bertapak di bumi Melayu. Sejarah Melayu melakarkan keindahan dan kesantunan yang wujud dalam budaya Melayu sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, pengaruh asing dan agama Hindu telah sebati dalam beberapa amalan orang Melayu di Malaysia. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada adat perkahwinan dalam budaya Melayu yang bertentangan dengan hukum Islam sebenar di Malaysia. Malah, kajian ini merungkai faktor wujudnya pertentangan yang diamalkan dalam budaya Melayu yang mengetepikan lunas sebenar hukum Islam. Oleh yang demikian, kajian ini penting dalam meneliti sebab musabab dan akibat daripada amalan budaya Melayu dalam adat perkahwinan di Malaysia. Lazimnya, adat perkahwinan yang diamalkan di negeri-negeri semenanjung Malaysia. Kajian ini mengambil kira adat dan budaya dalam majlis perkahwinan yang diadakan di negara ini. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjadi asas kepada kajian yang berkaitan pada masa akan datang.

Downloads

Published

2026-10-28

How to Cite

Abd Nasir, S. N. . (2026). MARRIAGE ISSUES THROUGH THE TITLES OF LOCAL NEWSPAPER REPORTS: AN ANALYSIS OF CONFLICTS BETWEEN ISLAMIC LAW, MALAY CUSTOMS, AND HINDU CULTURAL ASSIMILATION. Jurnal Al-Sirat, 26(2), 204-218. https://doi.org/10.64398/alsirat.v26i2.612